Alhamdulillah, setinggi-tinggi terima kasih buat wartawan Nurul Husna Mahmud kerana begitu banyak membantu saya dalam mengendalikan artikel Intanz Handmade untuk Metro Ahad. Salah satu wishlist saya akhirnya tercapai sebelum menjelang penutupan tahun 2013.
Sekarang saya masih lagi dalam persiapan untuk I Love Bazaar di Subang Parade 29 Dec 2013. Pada siapa yang berminat nak dapatkan produk seperti yang tertera di akhbar Metro tu bolehlah ke booth saya nanti.
Pelbagai produk menarik menanti anda di sana bersama dengan promosi menarik. Antaranya :
Setiap pembelian long wallet akan mendapat sebuah kotak cute ni. Best tak? Tak lupa juga, bagi pembelian RM30 ke atas akan menerima free gift keychain mirror badge dan terhad untuk 50 pelanggan sahaja. Ish...menarik tuh...huhuhu...
Harapan saya semoga industri handmade di negara kita akan terus berkembang dan dipandang tinggi. Diberi kedudukan yang sepatutnya seperti mana kebanyakan yang dilakukan negara luar. Jika jenama hebat di luar negara punya peminat setia, handmade juga begitu. I love handmade!!!
0 komen terkiut:
Post a Comment
Kata Mereka Yang Super Cool